Kerajaan negeri terus bangunkan industri minyak dan gas di Sabah

Estimated read time 2 min read
Social Sharing

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan terus berusaha membangunkanindustri minyak dan gas di Sabah melalui kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk daripada Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, kerajaan negeri juga akan terus mengukuhkan kerjasama dengan Petronas dalam pengurusan minyak dan gas di Sabah.

“Semoga kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri dan Petronas berkaitan industri minyak dan gas akan memberi kesan limpahan ekonomi yang lebih menyeluruh di negeri ini.

“Justeru, saya mahu Dialog Strategik Tahunan (Annual Strategic Dialogue) kerajaan Sabah dan Petronas 2023 kali kedua, akan membuka lebih banyak peluang dan ruang kolaborasi serta kerjasama yang positif dan membina diantara kedua pihak dalam usaha memajukan negeri ini demi kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya dalam ucapan pembukaan semasa Dialog Strategik Tahunan kerajaan negeri Sabah dan Petronas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Saabh (SICC) hari ini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Menteri Kewangan negeri, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun.

Hajiji berkata, sejak termeterainya Perjanjian Kolaborasi Komersil (CCA) pada 7 Disember 2021, kerjasama di antara Sabah dan Petronas menjadi lebih akrab demi mencapai objektifnya iaitu meningkatkan pendapatan kerajaan negeri dari hasil pengeluaran minyak dan gas di Sabah.

Di samping itu, ia juga meningkatkan penyertaan dan pembabitan dalam rantaian nilai industri minyak dan gas selain penglibatan yang lebih besar dalampembangunan minyak dan gas di negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan dan Petronas atas jalinan kerjasama yang amat baik dan hubungan erat diantara sesama pihak khususnya penerimaan secara positif terhadap tuntutan Sabah terhadap industri minyak dan gas.

Beliau turut berkongsi beberapa pencapaian kolaborasi sejak termeterai CCA dan selepas Annual Strategic Dialogue pertama pada tahun 2021, termasuklah ‘Samarang PSC Farm Out Agreement’ berjaya dimeterai dan ditandatangani oleh SMJ Sdn Bhd & Petronas Carigali Sdn Bhd pada 4 April lalu.

“Pencapaian lain ialah penyiapan pembinaan Bangunan Maktab Rendah SainsMara(MRSM) Ranau yang merupakan MRSM pertama oleh Petronas di Sabah yang akan memulakan pengambilan murid-murid pada bulan Mac tahun depan.

“Selain itu, program-program impak sosial yang dilaksanakan oleh Petronas bersama-sama dengan agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan juga telah dapat meningkatkan kesejahteraan dan kehidupan komuniti setempat,” katanya.

You May Also Like