BIGSABAH Sale buka ruang kepada orang ramai membeli-belah di SICC

Estimated read time 2 min read
Social Sharing

KOTA KINABALU: BIGSABAH Sale akan menjadi platfrom yang memberi ruang kepada pelanggan membeli belah dariapda rangkaian produk dan jenama berkualiti di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Program jualan terbesar yang diadakan sempena ulang tahun keempat SICC itu akan diadakan bermula 15 hingga 17 Disember ini.

Program selama tiga hari itu akan menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik kepada pengunjung.

Pelbagai barangan akan ditawarkan sepanjang tiga hari itu termasuk pakaian, barangan elektronik, hiasan rumah dan kraftangan serta pelbagai produk lain.

BIGSABAH Sale bukanlah acara beli-belah biasa tetapi ia merupakan landskap perniagaan yang bertenaga dan dinamik di Sabah. Ia juga memberi sokongan kepada peniaga tempatan selain menggalakkan kerjasama dan membina rangkaian.

Ketua Pegawai Eksekutif SICC Datuk Rosmawati Lasuki berkata, terdapat lebih 250 gerai akan dibuka sempena BIGSABAH Sale yang bakal dikunjungi oleh penduduk di Bandaraya Kota Kinabalu, tetapi dari seluruh Sabah, Labuan, Sarawak dan Brunei.

“Selain itu, kami juga bekerjasama dengan pemain dan ejen dalam industri pelancongan untuk membawa masuk pelancong pada hujung minggu tersebut. Ini akan membolehkan mereka rasai sendiri perayaan tempatan dan produk kami.

“Kami jangka lebih 5,000 pengunjung sehari akan memeriahkan BIGSABAH Sale yang julung-julung kali diadakan ini,” katanya.

Rosmawati berkata, BIGSABAH Sale juga merupakan hab bagi pemilik perniagaan untuk berhubung, membina rangkaian dan bekerjasama.

“Ia adalah platform di mana individu boleh belajar daripada satu sama lain, bertukar pandangan dan meneroka peluang untuk pertumbuhan. Di luar aspek perniagaan, acara itu bertujuan untuk mengukuhkan semangat kemasyarakatan di Sabah.

“Dengan memupuk hubungan dalam komuniti perniagaan tempatan, kami menyumbang kepada ekosistem yang lebih saling berkaitan dan menyokong yang memastikan kemampanan dan kejayaan jangka panjang perniagaan tempatan,” katanya.

You May Also Like