Penamatan subsidi ayam: Harga ayam di Sabah kekal

Estimated read time 2 min read
Social Sharing

KOTA KINABALU: Tidak berlaku sebarang kenaikan harga ayam susulan langkah kerajaan menamatkan pemberian subsidi sejak 1 November lalu.

Tinjauan Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah (PPBPBS) mendapati harga ayam di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu masih sama walaupun penamatan subsidi ayam dilakukan.

Presiden PPBPBS, David Chan berkata, sejak 1 November, pihaknya mendapati harga ayam bulat antara RM11.90 hingga RM12 sekilogram.

Beliau berkata, harga ayam bulat super di Sabah, terutamanya sekitar bandar raya ini masih kekal di bawah RM12 sekilogram.

Berdasarkan tinjauan, kebanyakan pasar raya masih mengekalkan harga seperti harga kawalan iaitu antara RM11.90 hingga RM11.99 manakala, di Pasar Besar Kota Kinabalu harga ayam kekal RM12.

Selain harga yang dikekalkan, bekalan ayam juga mencukupi dan tiada sebarang pembelian panik berlaku dalam kalangan pengguna.

Bagaimanapun, David memberitahu pengguna mempunyai hak untuk membeli barang-barang tersebut.

“Ini barang keperluan selain telur ayam yang dimakan setiap keluarga,” jelasnya.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya menyalurkan maklumat mengenai salah laku yang disyaki atau membuat pertanyaan melalui Whatsapp di talian 019-279 4317 atau 019-848 8000; hubungi portal aduan di e-aduan.kpdn.gov.my; Pusat Panggilan di 1-800-886-800; atau hantar e-mel ke e-aduan@kpdn.gov.my; Ez ADU KPDN; hubungi Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245; atau menghubungi ke pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang berhampiran.

You May Also Like