Persidangan Pergerakan Wanita PBS pada 23 Sept ini

Estimated read time 1 min read
Social Sharing

KOTA KINABALU: Persidangan Perwakilan Tahunan Pergerakan Wanita ke-38 pada 23 September ini akan menghimpunkan ahli-ahli delegasi Pergerakan Wanita dari seluruh Sabah.

Ketua Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS), Datin Malianah Ugau berkata, perasmian persidangan Perwakilan Tahunan Pergerakan Wanita dan Pergerakan Pemuda PBS akan diadakan serentak dan disempurnakan oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam di Dewan Hongkod Koisaan, KDCA.

Beliau berharap delegasi akan mengambil bahagian secara aktif dalam sesi perdebatan semasa persidangan untuk membincangkan isu-isu peringkat akar umbi.

Malah katanya, semua ahli Wanita PBS diingatkan supaya sentiasa aktif, terutamanya di peringkat akar umbi dan sentiasa berkhidmat kepada masyarakat.

Sementara itu, Ketua Bahagian Publisiti Jawatankuasa Penganjur, Datin Seri Vicky Yee berkata, delegasi boleh mula mendaftar di Ibu Pejabat PBS bermula daripada jam 8 pagi hingga 5 petang pada 22 September.

Persidangan Perwakilan Tahunan Pergerakan Wanita Ke-38 akan dipengerusikan oleh Christina Antony Kodou sebagai pengerusi tetap dan dibantu oleh Raihanah Rosnie Deiding Abdullah.

Pengerusi Penganjur pada tahun ini ialah Datin Muteh @Evelyn Sigor.

Semua delegasi turut dijemput ke majlis Malam Bersatu pada jam 6.30 petang di Dewan Hongkod Koisaan pada hari yang sama.

You May Also Like