Persatuan Pengguna mahu peruntukan atasi masalah bekalan air disegerakan

Estimated read time 1 min read
Social Sharing

KOTA KINABALU: Persatuan Pengguna Bijaksana Pantai Barat Sabah (PPBPBS) mahu agar peruntukan bagi menyelesaikan masalah bekalan air di Sabah segera disalurkan.

Presidennya, David Chan berkata, mereka mengharapkan agar gangguan bekalan air dapat diatasi memandangkan masalah ini menjejaskan kehidupan seharian penduduk, khususnya peniaga.

“Persatuan Pengguna berharap masalah gangguan bekalan air di sekitar bandaraya ini bakal berakhir apabila projek naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Telibong II Fasa II siap sepenuhnya kelak,” katanya semasa kunjungan hormat kepada Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir Shahelmey Yahya yang juga Menteri Kerja Raya di bangunan Kementerian Kerja Raya baru-baru ini.

Kunjungan hormat itu turut disertai oleh Ir. Ts. Yuzrian Efren Yunus, Justin Ng dan Dato Idris Ali.

Kunjungan tersebut diadakan bagi mengeratkan hubungan dan kerjasama antara persatuan pengguna dan juga kementerian.

David turut menyatakan rasa lega dan berterima kasih kepada Kementerian Kerja Raya Sabah atas perkembangan pelaksanaan projek LRA Telibong II, Fasa II yang akan membantu menyelesaikan masalah bekalan air sekitar bandaraya ini.

You May Also Like