Gagasan Rakyat Likas bantu perkukuh GRS

Estimated read time 2 min read
Social Sharing

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) bahagian Likas bertekad akan membantu memperkukuhkan perjuangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menggunakan formula tempatan.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Likas, Haji Mohammad Bahrin Bin Haji Abd Karim berkata Gagasan Rakyat adalah wadah “Solidariti Suara Sabah” akan membawa citra kesatuan masyarakat berbilang kaum yang mendokong agenda Sayangi Sabah yang menjadi landasan GRS dengan teras perjuangan Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper dan Sabah United.

Katanya, permuafakatan GRS bukan sekadar penting untuk rakyat di Sabah, malah amat bermakna untuk membina kesatuan dan kekuatan dalam memastikan kepentingan Sabah terus terbela dalam Persekutuan Malaysia.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan mesyuarat cawangan berkelompok PGRS bahagian Likas, di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Likas, Muamar Julkarnain; Naib Ketua Bahagian, Dr Awang Faisyal Asyiffa Awang Rahim; Setiausaha Bahagian, Mohd Shahezam Salisi; Ketua Penerangan, Zakaria Mandalam; Penolong Bendahari, Golden Lim; Ketua Wanita Halijah Din; Ketua Beliawanis, Noor Azee Ashikin Angsari serta Ahli Jawatankuasa Gagasan Rakyat bahgian Likas.

Menurut Bahrin, rakyat Sabah amat  memerlukan kestabilan politik kerana itu sajalah pilihan terbaik yang mampu membangkitkan keupayaan Sabah untuk bergerak ke hadapan dengan keyakinan politik dan ekonomi.

Jelasnya, kestabilan politik sangat penting kerana  ia mencorak nasib dan masa depan genarasi akan datang serta kesejahteraan hidup rakyat berbilang kaum dan agama di Sabah.

.

You May Also Like