Pertikai Hari Sabah bukti pemimpin Warisan berfikiran sempit

Estimated read time 3 min read
Social Sharing

Pada awal minggu ini, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor membuat pengumuman bersejarah mengenai sambutan Hari Sabah yang akan bermula tahun ini bagi memperingati hari kemerdekaan Sabah pada 60 tahun lalu.

Pengumuman itu menerima sambutan baik dalam kalangan rakyat Sabah yang selama ini mahu melihat hari bersejarah itu diraikan.

Dikala ramai yang menyambut baik pengumuman sambutan Hari Sabah itu, Ahli Majlis Tertinggi Parti Warisan (Warisan) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku Assaffal P. Alian keluar dengan kenyataan mempersoalkan status kemerdekaan Sabah.

Kenyataan itu tidak berjaya menimbulkan kekeliruan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang Sabah, ia sekadar satu percubaan terpencil bagi mewujudkan perbalahan ketika kita perlu Bersatu.

Pendirian Assaffal mengenai status Sabah adalah cubaan untuk memberi penekanan kepada tafsiran sejarah yang lebih spesifik. Beliau mungkin terlepas pandang bahawa sejarah memperingati Hari Sabah melangkaui perundangan dan isu teknikal mengenai sejarah.

Ia adalah satu kebangsaan, penyatuan dan identity rakyat Sabah yang menggambarkan perkongsian aspirasi yang menyatukan kita semua.

Dalam konteks sejarah, termasuk Hari Sabah berkerajaan sendiri pada 31 Ogos 1963 membolehkan kita kisah berkembang dan membangun dalam Persekutuan Malaysia.

Usaha membandingkan ‘kemerdekaan’ dan ‘berkerajaan sendiri’ adalah cubaan untuk mengalihkan kita daripada berkongsi aspirasi dan kebanggaan dalam meraikan Hari Malaysia. Adakah pemimpin Warisan tidak berbangga menjadi orang Sabah?.

Pendirian GRS mengenai isu ini menggambarkan komitmen untuk menyemai perpaduan yang menghormati keunikan sejarah Sabah dalam Persekutuan Malaysia. Ini termasuk mengiktiraf Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), yang merupakan dokumen asas yang menjadi panduan untuk kita memainkan peranan dalam Persekutuan Malaysia.

Cadangan Assaffal untuk mengemukakan usul mengenai kemerdekaan Sabah adalah satu usaha tidak ikhlas yang cuba mencetuskan perbalahan dan salah faham dalam kalangan rakyat Sabah.

Daripada kita salah berbalah mengenai istilah, lebih baik kita memberi fokus kepada perpaduan, kerjasama dan pembangunan ekonomi. Prinsip ini akan membantu kita maju ke hadapan.

Persoalan ADUN Tungku mengenai kemerdekaan Sabah itu lebih kepada bermotifkan politik dan bukannya gambaran sebenar kemahuan rakyat Sabah. Sambutan ini adalah bagi menghormati keunikan identity Sabah, sejarah dan juga autonomi kita dalam Malaysia.

Persoalan dibangkitkan mungkin mempengaruhi beberapa orang namun, ia tidak sejajar dengan sentiment perpaduan yang menjadi kebanggaan dalam kalangan rakyat Sabah.

Jadi, kita mahu mengingatkan Assaffal dan rakan-rakannya di dalam Warisan bahawa Hari Sabah adalah hari yang tercatat dalam lipatan sejarah negara. Ia adalah simbol perpaduan dan kebanggaan jadi, kita harus raikan hari tersebut dan ia bukannya usaha menimbulkan perpecahan tetapi, untuk kita bersatu dalam meraikan hari bersejarah itu.

Masih ingatkah papan iklan ‘Unity’?

Saya faham peranan pembangkang adalah mempersoalkan tindakan dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan tapi, pembangkang juga harus memainkan peranan demokrasi mereka untuk menyokong kerajaan yang memerintah hari ini, iaitu Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Selepas berkempen di seluruh Sabah melaungkan slogan ‘Unity’ atau perpaduan, ia sangat ironik apabila Warisan merasakan ‘Unity’ itu membantu dalam kempen mereka namun, mereka gagal melihat tujuan sambutan Hari Sabah adalah bagi menyatukan rakyat.

Adakah Warisan melihat semua perkara yang dilakukan kerajaan dari sudut pandangan politik? Atau adakah slogan ‘Unity’ yang dilaungkan oleh mereka sahaja perlu diterima?.

Kenapa mereka tidak berehat seketika dan cuba belajar untuk berhenti melakukan perbalahan yang sia-sia. Mereka harus belajar untuk memahami dan bekerjasama demi Sabah. Hanya untuk sehari sahaja, kita minta Warisan untuk sama-sama meraikan keunikan identiti Sabah dalam Persekutuan Malaysia.

Marilah kita bekerjasama demi masa depan yang lebih harmoni dan Makmur. Marilah kita bina jambatan perhubungan bukan penghalang untuk menjadikan Hari Sabah sebagai hari untuk berkongsi komitmen dalam meraikan perpaduan, kepelbagaian dan kemajuan.

Atas semangat Sabahan, kita harus bergerak maju ke hadapan, menghargai sejarah yang dikongsi bersama dimana rakyat Sabah kekal bersatu, berbangga dengan sejarah dan yakin masa depan yang lebih baik dalam Persekutuan Malaysia.

Mandela Malakun.

You May Also Like