Kerajaan lepas gagal laksana Projek LRA Kogopon

Estimated read time 2 min read
Social Sharing

PAPAR: Kegagalan kerajaan lepas dalam melaksanakan Projek Loji Rawatan Air (LRA) Kogopon Fasa 2 antara punca beberapa kawasan mengalami masalah bekalan air pada masa ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kerajan yang lepas gagal untuk melaksanakan projek LRA ini pada 2019, yang sepatutnya siap pada 2022.

Sekiranya projek itu dilaksana pada waktunya maka, masalah air di Papar tidak akan berlaku pada masa ini.

Menerusi projek ini, kapasiti bekalan air di LRA Kogopon akan meningkat daripada 40 juta liter sehari (MLD) kepada 80 MLD.

“Projek ini telah dirancang pada 2013 dan telah diluluskan dibawah Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) untuk pelaksanaan pada 2019. Malangnya projek ini tidak dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu.

“Saya tidak pasti apa alasannya dan penangguhan projek ini telah menyebabkan kos projek meningkat daripada RM312 juta kepada RM379 juta,” katanya selepas majlis pecah tanah projek LRA Kogopon Fasa 2, di sini hari ini.

Armizan, yang juga Ahli Parlimen Papar itu berkata, kegagalan projek ini dilaksana pada 2019 menjadi punca gangguan bekalan air berlaku di Papar dan Putatan termasuk di kawasan Kondominium Puncak Gloxinia, Kampung Anak, Kampung Somboi, Pangsapuri Segindai di Kinarut.

Itu sebabnya apabila diberi amanah sebagai Ahli Parlimen Papar, projek LRA ini antara projek yang kita beri keutamaan untuk dilaksanakan dengan segera kerana apabila ditangguh, kosnya akan meningkat.

Katanya, projek ini antara agenda perbincangan antara kerajaan negeri dan Persekutuan pada Jun lalu dalam perjumpaan bagi menyelesaikan isu air di Sabah.

Menurut beliau, hasil kesungguhan dan komitmen Perdana Menteri dan Ketua Menteri serta Kementerian Kerja Raya Sabah, akhirnya projeek ini dilaksanakan.

“Kita harapkan kontraktor yang dilantik memberi sepenuh komitmen sebab projek bekalan air ini amat kritikal. Pada masa ini, kita tidak mempunyai reserve margin di Papar, begitu seriusnya masalah air di daerah ini, khususnya di Mukim Kinarut.

“LRA Kogopon ini bukan haya selesaikan masalah bekalan air di Papar tetapi juga di Selatan Putatan sehingga ke kawasan Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) di Kimanis,” ujarnya.

You May Also Like