KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada dua orang Menteri Persekutuan di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini.
Menteri Persekutuan itu adalah Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar.
Deligasi Alexander terdiri daripada Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian, Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Haji Ahmad, Timbalan KSU, Datuk Zahrul Hakim Abdullah dan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Ir. Ahmad Redza Ghulam Rasool.
Hajiji diberi taklimat mengenai pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah, kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya persekutuan dan pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi dalam pembangunan dan pembinaan kemudahan infrastruktur di Sabah.
Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, DatukIr.Shahelmey Yahya dan Pembantu-Pembantu Menteri iaitu Datuk Limus Juri dan Datuk Robert Tawiq.
Sementara itu, V.Sivakumar diiringi oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud dan Timbalan KSU (Dasar dan Antarabangsa) Datuk Haji Amran Haji Ahmad.