Enam Ahli Parlimen Sabah adakan pertemuan dengan Hajiji

Estimated read time 1 min read
Social Sharing

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada enam ahli Parlimen Sabah di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini.

Pertemuan itu menyaksikan Hajiji bersama lima orang Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan (Keningau), Datuk Jonathan Yasin (Ranau), Datuk Matbali Musah (Sipitang) dan Lo Su Fui (Tawau).

Hadir sama dalam kunjungan hormat itu adalah Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin.

You May Also Like