Yayasan Kebajikan Sabah terima sumbangan RM100,000

Estimated read time 1 min read
Social Sharing

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan penyampaian replika cek berjumlah RM100,000 sumbangan Firm Horizon kepada Yayasan Kebajikan Sabah (YKS).

Pengarah YKS, Rugayah Ag Besar menerima sumbangan berkenaan daripada Pengarah Urusan Firm Horizon, Raymond Fang Nee Hone di Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Sumbangan itu adalah daripada dana konsert Sheila Majid Big Band Live di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

YKS yang dilancarkan kerajaan negeri pada September 2021 berperanan dalam membawa agenda kebajikan kerajaan kepada golongan sasar.

You May Also Like