Hari Pahlawan

Estimated read time 1 min read
Social Sharing

Sambutan Hari Pahlawan 2023 dihadiri Yang De-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor serta menteri-menteri kabinet Negeri Sabah. Antara acara menarik termasuk persembahan khas sketsa COVID-19 bertajuk ‘Pandemik’ bagi menghargai jasa wira negara ketika berdepan COVID-19. Seramai 15 kontinjen menyertai perbarisan di Padang Merdeka Bandaraya Kota Kinabalu. Diantaranya Angkatan Tentera Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan agensi-agensi lainnya.

You May Also Like