Memperbetul Kenyataan: Pencapaian GRS vs Politik Kosong Warisan

Estimated read time 3 min read
Social Sharing

Dalam dunia politik yang sibuk dan sarat dengan kontroversi, bukanlah perkara yang luar biasa untuk sesuatu fakta diputar belit, manakala pencapaian disalah tafsir.

Sebagai contoh terkini, kita melihat fenomena ini melibatkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Pemimpin-pemimpin Warisan mendakwa mereka telah berjaya menyelesaikan 17 daripada 21 isu di dalam MA63. Ini sebenarnya ialah tafsiran yang salah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali telah memperjelaskan bahawa perkara yang kononnya sudah diselesaikan itu sebenarnya masih jauh daripada dilengkapkan.

Apa sebenarnya yang telah Warisan ‘selesaikan’? Apakah sekadar membangkitkan isu tersebut? Atau apakah kita bercakap tentang pelan tindakan yang konkrit dan jelas?

Seperti yang kita tahu, pemerintahan Warisan telah digelapkan oleh keputusan-keputusan dan prioriti yang salah. Daripada memfokuskan kepada isu-isu subtantif, mereka sebaliknya lebih memilih untuk bermain politik.

Pembatalan kontrak kerana atas dakwaan pro-pembangkang dan pelantikan pegawai kerajaan yang kontroversi seperti Majlis Perbandaran Sandakan dan Jabatan Air Sabah berlaku secara berleluasa.

Lebih-lebih lagi, Warisan sangat pantas dan gemar mengambil kredit atas usaha orang lain. Sebagai contoh, Lebuh Raya Pan Borneo dimulakan oleh pentadbiran sebelumnya tetapi Warisan mendakwa projek tersebut sebagai pencapaian mereka. Ini bukanlah tindakan kerajaan yang bertanggungjawab tetapi lebih kepada tindakan menunjuk-nunjuk.

Sebaliknya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mempunyai visi yang lebih jelas untuk Sabah – Sabah Maju Jaya.

Berbanding objektif Warisan yang sangat kabur, GRS pula fokus kepada pencapaian sebenar yang ditunjukkan melalui Rang Undang-Undang Anti-lompat Parti yang diluluskan baru-baru ini. Kita semua tahu politik bermaksud berkhidmat untuk rakyat, bukannya untuk kepentingan orang politik.

GRS amat komited berkerja dengan membuat lebih banyak dasar untuk rakyat dan mengurangkan bermain politik. Prinsip GRS adalah ketelusan dan komunikasi yang berterusan.

Walaubagaimanapun rakyat Sabah bukan mudah terpengaruh dengan budaya politik yang bermegah-megah. Oleh sebab itu, saya menyarankan Kerajaan GRS agar terus menjelaskan maklumat-maklumat terkini melibatkan isu-isu dalam MA63.

Rakyat perlu mengetahui tindakan-tindakan yang telah diambil, jangka masa, mengapa isu-isu tertentu diutamakan dan individu yang bertanggungjawab. Walaupun GRS telah menunjukkan keupayaan sebagai kerajaan negeri yang efisien, rakyat perlu sentiasa dimaklumkan tentang usaha-usaha GRS dalam MA63 kerana isu ini nampaknya sentiasa menjadi titik-tolak perbalahan antara parti politik di Sabah.

Pencapaian dalam MA63 lebih daripada rungutan terhadap Kerajaan Persekutuan semata-mata, ia perlukan pelan tindakan dan penyelesaian. Sabahan mahukan resolusi sebenar bukannya retorik yang kosong. Saya percaya itulah yang GRS mahu lakukan.

Seraya kita maju ke hadapan, saya menyeru rakyat agar mengabaikan segala gangguan politik dan fokus kepada isu-isu subtantif yang ada.

Laluan untuk pencapaian itu mungkin mencabar, tetapi dengan dipimpin GRS, hala tuju kita jelas dan destinasi itu boleh dicapai. Strategi bermain politik Warisan hanya memesongkan kita daripada laluan tersebut. Tetapi yakinlah, GRS tidak akan berbelah bahagi dalam misinya: Sabah Maju Jaya.


Felsie Joy Pilin Mosuyun merupakan Ketua Wiramaja bagi Parti Solidariti Tanah Airku (STAR). Beliau juga merupakan ahli majlis tertinggi STAR.

You May Also Like