Cukai petroleum: Warisan hanya ‘kaki claim’

Estimated read time 4 min read
Social Sharing

KOTA KINABALU: Sikap pemimpin Warisan yang ‘kaki claim’ atau suka mengambil nama atas usaha orang lain berhubung cukai jualan produk petroleum yang diterima kerajaan negeri didedahkan secara terperinci oleh Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Arthur Sen dalam penulisan di Facebook beliau.

Dalam kronologi yang berlaku sejak 2018 sehinggalah Petronas akur untuk membuat bayaran tersebut, Warisan sebenarnya hanya menangguk di air keruh atau mengambil kesempatan selepas melihat usaha kerajaan Sarawak setahun lebih awal yang mengheret Petronas ke mahkamah mendapat kejayaan.

Berikut adalah penulisan beliau:

Akibat kelemahan pentadbiran Kerajaan Warisan-UPKO-PH pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal, dua tahun (2019 dan 2020) Sabah tidak menerima hasil cukai jualan petroleum seperti Sarawak. Rugi berbilion-bilion ringgit kita.

  1. Infografik Warisan ini hanyalah mendedahkan sebahagian epik kisah sebenar kronologi tuntutan cukai jualan hasil petroleum Sabah. Yang benar dan cacat pentabiran mereka disembunyikan.
  2. Sebagai rujukan, prestasi Kerajaan GPS Sarawak saya jadikan sebagai penanda aras pencapaian ini. Ukuran ini adalah releven kerana banyak persamaan antara kedua negeri ini dalam Persekutuan Malaysia daripada segi perundangan. Hakim Mahkamah Tingggi di Kuching telah memutuskan bahawa Dewan Undangan Negeri dan Kerajaan Sarawak berhak menggubal Ordinan Cukai Jualan Negeri berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963 dan Inter-Governmental Committee (IGC) Report.
  3. Kajian mengenai Cukai Jualan Petroleum sebenarnya telah dimulakan oleh Kerajaan Sabah (Barisan Nasional) sejak 2014. Ernst & Young telah dilantik sebagai konsultan.
  4. Perintah cukai jualan petroleum ke atas produk2 petroleum telah diwartakan pada tahun 2018 oleh kerajaan Sabah. Ini baik, namun kenapakah Kerajaan Warisan-UPKO-PH hanya menguatkuasakan pada 1 April 2020.
  5. Sedangkan kerajaan GPS Sarawak (Berita Harian 05.11.2020) perkenalkan cukai jualan petroleum sebanyak lima peratus mula berkuat kuasa pada Januari 2019.
  6. Keenganan Petronas membayar cukai jualan petroleum kepada Sarawak menyebabkan kerajaan Sarawak pimpinan GPS membawa kes ini ke mahkamah. Sementara itu, Kerajaan Warisan-UPKO-PH Sabah pula berdiam diri.
  7. Pada 21.11.2019, BH melaporkan Kerajaan Sarawak memfailkan saman terhadap Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) selepas syarikat berkenaan gagal membayar cukai jualan lima peratus terhadap produk petroleum yang dikuatkusakan di negeri ini.
  8. Pada 13.03.2020, Portal Sarawak Voice melaporkan hari bersejarah bagi Kerajaan Sarawak selepas permohonan semakan penghakiman daripada Petronas yang mempersoalkan hak Sarawak mengenakan Cukai Jualan Negeri (SST) sebanyak lima peratus ke atas produk petroleum telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi di Kuching.
  9. Pada 03.08.2020 Astro Awani melaporkan bahawa PETRONAS menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching bahawa Sarawak berhak mengutip SST bagi produk petroleum.
  10. Pada 08.05.2020, Utusan Borneo pula melaporkan Petronas setuju bayar Cukai Jualan Produk Petroleum kepada Kerajaan Sarawak.
  11. Pada 17.09.2020, Utusan Borneo melaporkan Petronas dan anak-anak syarikatnya membayar Cukai SST bagi produk petroleum RM2,956,671,407.36 kepada Kerajaan Sarawak. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang menerima cek tersebut daripada Petronas berkata amaun tersebut merupakan SST untuk 2019.

“SST untuk 2020 akan dibayar apabila penilaian dilakukan berdasarkan jumlah sebenar produk petroleum seperti minyak mentah, urea, kondensat dan petroleum cecair yang dijual dan nilai jualan produk-produk ini,” katanya pada sidang media sempena majlis penyerahan cek itu.

  1. Setelah kerajaan Warisan-UPKO-PH Sabah nampak keberhasilan tuntutan SST Sarawak yg dikuatkasakan pada Januari 2019, barulah kerajaan Warisan-UPKO-PH Sabah kelam-kabut menguatkuasakan SST Sabah pada 1 April 2020.
  2. Akibat ketakutan Tun Mahathir Mohamad oleh Kerajaan Warisan-UPKO-PH pimpinan Shafie seperti yang didedahkan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing, Sabah kerugian kutipan cukai jualan petroleum dua tahun iaitu pada tahun 2019 dan 2020. Ini bernilai berbilion-bilion ringgit. Inilah legasi kerajaan Warisan-UPKO-PH yang sebenar.
  3. Mujurlah pada 23.12.2020, Ketua Menteri Kerjaan GRS Sabah merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, telah memaklumkan kepada DUN Sabah bahawa Petronas telah mendaftar dan dilesenkan di bawah Cukai Jualan Negeri Sabah, (CJN) hanya pada 15 Disember, 2020.
  4. Ini bermakna mula tahun depan 2021, Sabah juga akan menerima bayaran cukai jualan petroleum yg dianggarkan berjumlah RM1.25 Billion.
  5. Syukurlah kita kini di bawah Kerajaan GRS berada dilandasan yang betul seperti Sarawak dalam konteks menerima lima peratus cukai jualan petroleum selain daripada royalty minyak lima peratus.

You May Also Like