TAMBUNAN: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Julia Salag mengambil kesempatan beramah mesra dengan masyarakat Tambunan sempena lawatan beliau di daerah itu hari ini.
Beliau yang merupakan Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (Mutiara GRS) berkunjung untuk merasmikan Program Kasih Keluarga Madani: Keluarga @Kerja bagi kawasan DUN Tambunan sempena sambutan Hari Ibu Bapa & Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (Wcare) Peringkat Negeri Sabah Tahun 2023 di Dewan Pisomputuan Square,Tambunan.
Lawatan tersebut diiringi Timbalan Ketua Menteri merangkap ADUN Tambunan, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan bersama isteri, Datin Seri Cecilia Edwin merangkap Naib Yang Dipertua I Mutiara GRS dan Naib Yang Dipertua III Mutiara GRS, Datin Siti Noor Hayyat Awang Mohd. Saufi.
Turut hadir, Setiausaha Kehormat Mutiara GRS, Datin Malianah Ugau serta ahli-ahli Mutiara GRS.