Jeffrey: Lebih Ramai Calon Wanita PRN17

Estimated read time 2 min read
Social Sharing

PENAMPANG: Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, parti itu bersedia meletak lebih ramai calon wanita, belia dan remaja untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

“Bagaimanapun parti itu hanya akan meletakkan calon kategori tersebut yang benar-benar bersedia dan berkelayakan.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada suara akar umbi Wiramuda, Wiranita dan Wiramaja di Konvensyen Nasional STAR dan Sambutan Ulang Tahun Ke-7 bertema ‘STAR Sabah 2030 & Beyond’ di ITCC, di sini, pada Sabtu.

“Tidak ada masalah untuk mencalonkan ramai wanita dan belia pada PRN akan datang jika mereka mempunyai sokongan akar umbi. Saya terbuka untuk memenuhi permintaan golongan tersebut,” jelasnya.

“Parti itu seharusnya mempersiapkan calon-calon pelapis kerana pemimpin yang lama akan bersara dan pemimpin baharu perlu ditampilkan.

“Bagi memperkasakan parti pula, para pemimpin parti itu jangan lah mengharapkan parti lain atau pemimpin parti sekutu melakukannya untuk STAR.

“Kita kena lah buat sendiri,” jelas Jeffrey yang merupakan Ahli Parlimen Keningau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambunan.

Jeffrey ketika menyampaikan amanat, penggulungan dan penutupan konvensyen itu turut mengimbas pencapaian parti itu yang bermula dari kosong, satu kerusi, kemudian menjadi dua, enam dan kalau diberi peluang akan menjadi 12 atau lebih.

Konvesnyen sehari itu telah menampilkan tujuh pembentangan ucaptama yang melibatkan Ketua Wiramuda, Kong Soon Choi, Ketua Wiranita, Datuk Flovia Ng, dua Naib Presiden, Datuk Abidin Madingkir dan Datuk Annuar Ayub Aman serta tiga Timbalan Presiden Datuk Kapitan Stephen Teo, Datuk Robert Tawik dan Datuk Ellron Alfred Angin.

You May Also Like