Hajiji lancar Jelajah Wanita GRS 23 Julai ini

Estimated read time 1 min read
Social Sharing

KOTA KINABALU: Kira-kira 500 wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menyertai Jelajah Wanita GRS peringkat negeri di SICC di sini pada 23 Julai ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor selaku Pengerusi GRS dijangka melancarkan Jelajah Wanita GRS tersebut.

Ianya melibatkan Wanita GRS dari 6 zon iaitu Zon 1 (Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat); Zon 2 (Sepanggar, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan); Zon 3 (Papar, Kimanis, Beaufort, Sipitang); Zon 4 (Ranau, Keningau, Tenom, Pensiangan); Zon 5 (Beluran, Kinabatangan, Libaran, Batu Sapi, Sandakan) dan Zon 6 (Lahad Datu, Semporna, Tawau, Kalabakan).

Menurut Ketua Wanita GRS, Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun, untuk permulaan Jelajah Wanita GRS dilancarkan pada 23 Julai ini dan selepas itu diadakan di setiap zon.

Azizah menyatakannya semasa mempengerusikan Mesyuarat Wanita GRS di Pejabat GRS Alamesra.

Turut hadir Timbalan Pengerusi GRS, Datuk Flovia Ng (Star), Datin Malianah Ugau (PBS), Norizah Mohammad Noor (SAPP), Puan Sri Diana Diego (Usno), Glenna Wong Kuen Yin (LDP), Norizian Dumit (PHRS), Penolong Setiausaha GRS, Salmah Sait serta Ahli Jawatankuasa GRS Wanita Sabah.

Azizah juga mengalu-alukan penyertaan Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan LDP dalam GRS baru-baru lalu.

You May Also Like