Anifah pengerusi baharu Perbadanan Labuan

Social Sharing

KOTA KINABALU: Perbadanan Labuan mengalu-alukan pelantikan Ahli Dewan Negara, Senator Tan Sri Anifah Aman sebagai pengerusi baharu perbadanan itu.

Pelantikan itu berkuatkuasa selama dua tahun mulai 19 Jun 2023.

Pelantikan Anifah yang juga Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) untuk menjadi pengerusi Perbadanan Labuan selaras dengan Seksyen 5 (1) Akta Perbadanan Labuan (Akta 609).

Perbadanan Labuan dalam satu kenyataan percaya Anifah dapat memperkasa tadbir urus perbadanan itu ke arah lebih mampan dan sejahtera menjelang 2026 untuk menjadikan Wilayah Persekutuan Labuan lebih berdaya saing.

Keyakinan itu berdasarkan kepada pengalaman luas Anifah di pelbagai peringkat negara dan antarabangsa.

Pada Mac lalu, Anifah yang juga bekas Menteri Luar dilantik sebagai Senator di Dewan Negara.

Pelantikan beliau diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mewakili Wilayah Persekutuan Labuan.

You May Also Like