Hajiji komited perkasa aspirasi wanita

Estimated read time 2 min read
Social Sharing

KOTA KINABALU: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dibawa kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor komited mengangkat aspirasi wanita dalam agenda kerajaan negeri.

Hal itu mengembirakan para pemimpin persatuan dan pertubuhan wanita di Sabah sambil mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri ke-16 itu kerana sangat peduli dan mengakui wanita sebagai tulang belakang dalam kerajaan Gabungan Rakyat Sabah.

Bahkan, Hajiji mengambil inisatif memantapkan golongan wanita dengan mendorong mereka menceburi bidang-bidang kemahiran supaya aspirasi pembangunan wanita dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Usaha Hajiji itu patut dipuji kerana sudah ramai golongan wanita di Sabah mencapai impian mereka dalam pelbagai sektor. Ada yang sudah menjadi menteri, peguam, usahawan dan banyak lagi.

Kapasiti saya sebagai penulis, saya mengungkapkan Hajiji sebagai seorang pemimpin yang berfikiran terbuka dan tidak membezakan jantina dalam urusan pentadbirannya. Dan, tiada yang dipinggirkan.

Seperti yang kita ketahui kerajaan GRS pimpinan Hajiji telah bekerja keras membantu membangunkan kaum wanita tanpa melihat status mereka melalui pelbagai program latihan kemahiran.

Sebagai contoh, program Akademik Kepimpinan Wanita Muda (AkWan) yang dianjur oleh Majlis Pembangunan Wanita Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan tidak berhenti di situ sahaja komitmen memperkasakan wanita berterusan dimana sejumlah peruntukan RM5.83 juta di bawah Bajet Negeri bagi melaksanakan program pembangunan wanita melalui Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) bagi tahun 2023.

Untuk menjayakan usaha itu Persatuan Usahawan dan Profesional Wanita Sabah (SWEPA) turut digesa supaya sama-sama mengangkat mertabat kaum wanita.

Seperkara lagi, ada kemahiran baharu yang perlu dipelajari oleh golongan hawa iaitu Sistem Aplikasi D-Ledger. Aplikasi ini boleh membantu golongan wanita menjalankan perniagaan secara digital dan lebih efisien.

Sistem Aplikasi D-Ledger juga membolehkan rekod transaksi, pendapatan dan perbelanjaan serta beberapa urus niaga perniagaan dikendalikan secara digital.

Ingat, dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Kaum wanita juga seharusnya aktif mempertingkatkan diri agar mereka tidak ketinggalan. Sambutan Hari Wanita Sedunia yang diraikan setiap tahun membuktikan pengiktirafan atau penghargaan pengorbanan wanita dalam semua bidang dan perkara.

You May Also Like