Mangsa kebakaran Kg Tanjung Aru terima bantuan ihsan Kerajaan Negeri

Estimated read time 2 min read
Social Sharing

KOTA KINABALU: Mangsa kebakaran perkampungan atas air Kampung Tanjung Aru mendapat perhatian Kerajaan negeri hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Masjid Al Kauthar, di sini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor menyaksikan sumbangan khas tambahan sebanyak RM13,000 daripada MUIS untuk diberikan kepada ketua isi rumah (KIR) mangsa kebakaran di Kampung Tanjung Aru, di Masjid Al Kauthar, di sini hari ini.-Gambar Ihsan Pejabat Media & Komunikasi JKM Sabah

Hajiji menyampaikan bantuan wang ihsan sebanyak RM500 daripada kerajaan negeri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) selain bakul makanan dan peralatan dapur bernilai RM500 serta bahan binaan rumah bernilai RM2,000.

Dalam kejadian pada awal pagi Selasa lalu, seramai 216 penduduk membabitkan 51 keluarga kehilangan tempat tinggal selepas 33 rumah di perkampungan atas air itu musnah dijilat api.

Selain bantuan daripada kerajaan negeri, beberapa agensi dan sektor korporat lain termasuk Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM13,000 untuk membantu meringankan beban mangsa kebakaran.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor menyampaikan bantuan ihsan kepada salah seorang Ketua Isi Rumah mangsa kebakaran Kg Tg Aru, hari ini.-Gambar Ihsan Pejabat Media & Komunikasi JKM Sabah

Hajiji berharap bantuan itu sedikit sebanyak dapat membantu mangsa kebakaran.-BorneoGazette

You May Also Like